Thursday, October 3, 2013

Penang,.....Pantai & Laut



Dah lama Cik Kiah tak update blog.Agak sibuk sikit dengan rutin harian, dan juga agak lama Cik Kiah tak pergi jalan-jalan. Kalau ada pun setakat pergi pasar. So bila tak out statioan Cik Kiah pun kureng la sikit idea untuk menulis....
Ini gambar-gambar time Cik kiah pi Penang .Best pergi Penang ni boleh rasa naik feri ,boleh rasa berada kat tengah laut., juga kalau bernasib baik boleh tengok doffin live.Ikan lumba2 ni memang jinak and bila tengok life memang betul ikan ni besar.Kebiasaannya driver feri ni boleh tahu bila doffin ni menghampiri laluan feri,dia orang akan stop kan feri dan beri laluan kat doffin tu,mcm V.I.P lah pulak ikan ni. Sayangnya untuk moment ni Cik Kiah terlupa nak snap gambar pasal teruja sangat tengok doffin berenang depan mata ...aaaahh teruja sangat.

Kat sini boleh tengok banyak kapal berlabuh dan juga boleh tengok ramai pelancong dari Eropah.Se sampai je kat sini boleh feel different enviroment dari tempat tinggal Cik Kiah. Boleh rasa arus kemodenan di sekelilingnya.Cik Kiah suka 2 tempat di sini,pantainya dan juga shopping complex.


                        Cik Kiah suka pilih pantai yang jauh sikit dari kawasan hotel so kurang la sikit
                                     pengunjung,rasa lebih privacy untuk santai dengan family gitu.....
                        walau di mana pun anak Cik Kiah tak boleh berpisah dengan kucing.
                                                     Pandai la pulak kucing ni posing.
                                          Di pantai ni boleh mandi kerana ombaknya tak kuat.
                                                                    To Continue.........

Sunday, August 25, 2013

Masjid Kristal Terengganu

Antara tempat menarik yang boleh di kunjungi adalah masjid Kristal . Lokasi nya terletak tak berapa jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu. Cik Kiah memang terpegun dan kagum dengan kecantikan masjid dan pemandangan sekitarnya.Kat sini  laTaman Tamadun Islam,boleh tengok banyak replika masjid seluruh dunia.
Cik Kiah upload beberapa shot menarik untuk masjid kristal di sini.Kebetulan waktu datang sini dah senja jadi tak sempat nak cari angle yang betul2 sesuai and orang pun agak ramai.



Sempat la juga Cik Kiah candid 2 tiga gambar. Snap-snap-snap je.
 Bila malam tiang kristal ni akan berubah warna.Memang cantik sangat.Cik Kiah teruja..... sangat.







 Dari sini kita boleh lihat jambatan dan pemandangannya memang awesome, ditambah pulak bila ada perahu merentasi sungainya.
 Pemandangan ketika senja ,melihat matahari jatuh dengan warna oren di kaki langit sangat menakjubkan.Sayangnya waktu tu Cik Kiah tak bawa lense kamera jarak jauh so ini je gambar yang dapat di abadikan.Kira ok je lah untuk Cik Kiah yang tak berapa nak profesional ni....

Jejantas kayu ni memang nampak kemas dan exclusive
 Anak Cik kiah kagum gila dan kami memang bercadang untuk berkunjung lagi.
Kawasan masjid ni memang luas se.. sangat.
Abadikan gambar pengantin kat sini memang cantik dan sesuai sangat.

http://adf.ly/ULLsL

 http://adf.ly/?id=4918680

Saturday, August 24, 2013

Jalan-Jalan Di Pantai Batu Burok

  Cik Kiah kongsi beberapa gambar lagi untuk gambaran kepada yang bercadang untuk ke sini.



                                                                  Pantai yang luas

                                                 Anak Cik Kiah memang seronok di sini.
                                          Pemandangan lautnya saujana mata memandang
                                        Pasir di sini lembut sesuai untuk buat istana pasir.Alahai macam lagu Allycat la pulak istana pasir.Jangan kan budak2 ,orang tua pun seronok main pasir kat sini.kalau sanggup nak mandi laut boleh tanam badan dalam pasir,rasanya best relaxing habis.
                     Anak-anak memang seronok dapat peluang macam ni,main sampai penat.

Kawasan di sini banyak pokokRhu dan kelapa. Sebenarnya pantai Terengganu ni luas.Kalau kita meghala ke Marang sepanjang jalan adalah pantai. Cik Kiah suka pergi kat kawasan yang kurang pengunjung ,privacy sikit.Ewah macam VVIP nak privacy la  pulak .......Bukan apa tempat yang tak ramai orang kita boleh menikmati pemandangan alam semulajadi sepuas-puasnya dan di situ kita menyedari Kebesaran Ilahi dan betapa kecilnya kita di sisi Allah.
Lagi satu Cik Kiah suka snap gambar especially gambar candid so kena cari angle yang menarik sikit tanpa gangguan laluan ramai orang.

http://adf.ly/?id=4918680

Monday, August 19, 2013

Pantai Telaga Batin terengganu

 Pokok Rhu
Cik Kiah kongsi gambar-gambar di pantai Telaga Batin Terengganu. Pantai ni dekat dengan Airport Terengganu.

Jarak pantai dan laut yang luas

Anak Cik Kiah puas dapat berlari dan main kejar-kejar kat pantai ni.



                              Tak seronok tu bila ada kawasan pantai yang di cemari sampah sarap.
Ni sampah yang di tolak ombak ke pantai,mungkin sampah-sarap ni dari sungai bila air pasang ,air sungai masuk ke laut sekali dengan sampah-sarap ni.
 Anak Cik Kiah suka mengutip benda-benda pelik yang dia jumpa kat pantai .
Walaupun ada kawasan yang di cemari tapi bukan semua kawasan pantai di cemari,contoh dalam gambar ni pantainya bersih je.Cik kiah tersenyum lebar pasal seronok sangat dapat jalan-jalan dengan hubby,anak2 puas berjalan kat pantai sambil sesekali redah air pantai.
Kalau ada yang bercadang nak rilex sambil menikmati hembusan angin pantai,tempat ni memang sesuai.
Kalau nak overnight boleh stay kat motel atau homestay yang banyak terdapat kat kawasan ni.
Jom jalan-jalan ke Terengganu.
 Hi hi hi promosi la pulak...................

http://adf.ly/ULLsL