Sunday, July 28, 2013

Bertolak balik dari Cameron Highland

Ini hotel yang Cik kiah menginap selama 2 hari 1malam.Keadaan hotel ni selesa bertaraf 3 bintang harganya pun berpatutan lebih kurang RM100 + semalaman.Walaupun budget tapi tak ada la sampai kena tidur rumah tumpangan.So kalau budget untuk sewa hotel RM100 tak ada masalah untuk dapatkan bilik di Cameron Highland, cuma kena rajin mendaki sikit la,kerana hotel macam gini tak ada kat tengah2 pekan selalunya jauh ke atas dan agak tersorok.Cik kiah dah lupa nama hotel ni nanti Cik kiah check balik bil2 lama.
Cik kiah bukan nak posing cuma nak tunjuk suasana hotel ni yang agak tenang dan sunyi,kalau ada yang bercadang nak kesini boleh lah ambil hotel budget macam cik Kiah ni.Buat apa nak sewa hotel yang mahal-mahal sangat sebab kita pergi kesana nak berjalan-jalan bukan nak memerap dalam hotel,so pada fikiran Cik Kiah yang kolot ni membazir je kalau sewa bilik hotel mahal2.Tak gitu?
 
Sebelum bertolak balik Cik Kiah ada beli bunga kering,sebenarnya tak bercadang pun nak beli tapi Minah Indonesia tu pandai betul memujuk ,tak tau berapa banyak yang dia bagi free,asyik tambah2 je dalam plasik,
So kesian Cik Kiah pun beli lah.Tapi sebelum tu Cik Kiah nak kongsi kata-kata Minah Indonesia tu....
Katanya bunga kering ni boleh tahan sehingga 1 tahun...,but actually bunganya tak macam bunga kering nampak segar so Cik Kiah pun dengan penuh keterujaan belilah bunga tu dengan harapan satu tahun rumah akan cantik berseri dengan real flower bukan bunga plastik. Tengok gambar kat bawah ini lah bunga nya.

Rupanya Cik Kiah tertipu.....bawa balik kat rumah belum sampai seminggu habis semua terkulai.Hampeh betul. Terasa juga geram kat minah Indonesia tu yang petah berkata-kata sehingga Cik Kiah terkeliru dan tertipu....Waaaaaaa

Shopping Sayur & Bunga Di Cameron Highland

Nampak tak tanda harga tu.Itu yang Cik Kiah beria benar nak datang ke pasar Cameron Highland ni.
Tambahan pulak sayur-sayurnya memang fresh.
Ini bukan gambar Cik Kiah posing ,ini nak tunjuk suasana di pasar Cameron Highland.kalau nak dapat barang murah elakkan daripada berkunjung waktu 'peak season' especially waktu cuti sekolah.Satu nya kawasan ni akan penuh dengan bas rombongan, nak berjalan pun sesak dan harga barang jadi mahal,penjual mula tunjuk lagak,'bargain'2 tak layan.kalau pergi waktu off season,dia orang ni siap panggil kita lagi jemput masuk ke kedai dia orang.Bargain lah berapa yang kita nak,  dia orang tak marah. Cik Kiah pernah beli 'roses' 5 bungkus RM10 je siap dapat percuma lagi.
kebiasaannya bantal strawberry juga menjadi antara buah tangan yang sering di bawa balik sebagai kenangan.
 
Cik Kiah minat pegang aje pasal lembut,kalau nak bawa balik cik Kiah beli keychain strawberry aje....RM 1 aje satu.Cik Kiah bukan kedekut cuma duit Cik Kiah dah habis beli sayur dan bunga.
Hu hu hu....

Saturday, July 27, 2013

Salad Cameron Highland.

Sebelum ke pasar Cameron Highland Cik Kiah singgah sekejap di ladang strawberry.Untuk kali ni Cik Kiah tak nak cerita panjang lagi pasal ladang strawberry ni,untuk next visit Cik Kiah nanti ada banyak gambar-gambar menarik strawberry.
Ladang strawberry ni ada banyak so boleh pilih nak pergi ke ladang yang mana satu. Cik kiah singgah aje kat strawberry park ni masa 'on the way' dari kebun bunga ros tu.

Cer teka ini pokok apa.Ini lah daun salad yang kita makan dengan nasi ayam. Tanam dalam bekas macm saluran paip je,tak perlu tanah pun.Amazing.....maklum lah Cik kiah tak pernah tengok salad yang ditanam selalu tengok salad yg di jual kat pasaraya aje.
Ini pulak salad merah.
Selain tu ada juga kaktus.Pokok bunga yang di tanam dalam pasu, dan semuanya di jual dan kalau berkenan tu boleh la beli.

Anak cik Kiah suka makan ice-cream strawberry kat sini yang di buat ala-ala ice-cream Malaysia tuuu. sebenarnya Cik Kiah pun suka memang boleh rasa keaslian strawberry didalam nya.Harga pun ok RM 1 sebatang.Cik Kiah suka beli banyak-banyak dan bawa balik rumah simpan dalam peti ais.Memang sedap.
Gambar kat  bawah ni ice-cream strawberry Malaysia. Anak Cik Kiah memang suka ice cream strawberry sampai 2 jenis di bantai nya. Tempat ni dah la sejuk makan ice-cream la pulak...

Jelajah & Posing Cameron Highland.

Kawasan ni agak luas juga.Selain pokok-pokok ros terdapat juga kolam ikan.Tempat ni memang favorite anak-anak.Anak Cik Kiah tak nak berganjak dari sini,syok tengok ikan yang jinak hampir boleh di pegang.

Tempat ni memang cantik dan di hias cantik,kalau nak posing  memang sesuai sangat la.

Cik Kiah memang suka explore semua tempat sampai ke belakang pun Cik Kiah redah, terjumpa pulak semaian tomato....ummmp cantik juga buah-buah tomato masak yang berjuntaian ni.
Kat belakang ni ada la di tanam pokok-pokok bunga lain macam daisy .Lepas ni Cik Kiah nak pi membeli -belah sikit....Tak kan datang Cameron Highland nak balik tangan kosong kut......

Wednesday, July 24, 2013

Bunga Segar Cameron Highland

Cik Kiah nak kongsi gambar-gambar ketika di kebun bunga.Memang banyak sangat gambar cantik sampai tak tahu mana nak pilih untuk di kongsi .
Cik Kiah memang minat bunga ros, jadi tentu lah  bunga ni dapat lebih perhatian lensa kamera Cik Kiah.
Tapi Cik kiah Ada la juga ambil beberapa gambar bunga lain yang nampak cantik.
Walaupun masih tak puas berada di kebun bunga ni tapi kena melangkah ke tempat lain juga,nanti ahli rombongan yang lain marah.My son dah bosan lama sangat main kejar-kejar dalam kebun bunga ni.So cik kiah terpaksa la melangkah pergi ke destinasi lain pula....


Kalau lah kawasan rumah kita di hiasi taman secantik ni.
Cik Kiah ada la beli pokok bunga dalam pasu yang di jual kat sini tapi bila tanam kat kawasan rumah bunganya tak jadi cantik.Alahai....


Cameron Highland Aktiviti Sebelah Pagi.


Percutian akan jadi membosankan juga kalau tak ada apa-apa aktiviti.Tak kan nak memerap dalam bilik hotel saja kan.Apa ke makna berjalan jauh-jauh sekadar lepak dalam bilik hotel aje,kalau setakat nak duduk hotel di tempat sendiri pun boleh sewa hotel ya tak?
Ini Cik Kiah nak kongsi aktiviti Cik Kiah semasa bercuti di Cameron Highland.Cik kiah pergi 2 hari 1 malam.Sewaktu Cik Kiah datang cuaca kat sini memang sejuk sekitar bulan june.Waktu pagi memang boleh nampak berkabus.Pemandangan di atas sini memang "awesome dan begitu terasa kebesaran Ilahi.
Sebelah pagi Cik Kiah ke kebun Ros.Memang boleh gila dan rambang mata melihat bunga-bunga kat sini.
Untuk masuk ke kebun ni ada charge bayaran,tapi tak pe excited nak tengok ros dengan pelbagai color cik kiah tak peduli tentang bayaran.
Teruja sangat dengan "roses" ni, warnanya terang cantik sangat, dan ada yang nampak macam baldu.
Nasib baik kamera sekarang ni digital kalau macam dulu pakai kodak tak tau la berapa gulung nak kena beli.
Tengok aje mesti rasa nak snap gambar.
Berada kat sini memang rasa macam tak nak balik, dikelilingi pokok-pokok bunga segar dan bau di sini cukup harum.Udara disini memang menyegarkan.Tak sedar dah hampir separuh hari Cik Kiah berada kat Kebun bunga ni.