Sunday, July 28, 2013

Bertolak balik dari Cameron Highland

Ini hotel yang Cik kiah menginap selama 2 hari 1malam.Keadaan hotel ni selesa bertaraf 3 bintang harganya pun berpatutan lebih kurang RM100 + semalaman.Walaupun budget tapi tak ada la sampai kena tidur rumah tumpangan.So kalau budget untuk sewa hotel RM100 tak ada masalah untuk dapatkan bilik di Cameron Highland, cuma kena rajin mendaki sikit la,kerana hotel macam gini tak ada kat tengah2 pekan selalunya jauh ke atas dan agak tersorok.Cik kiah dah lupa nama hotel ni nanti Cik kiah check balik bil2 lama.
Cik kiah bukan nak posing cuma nak tunjuk suasana hotel ni yang agak tenang dan sunyi,kalau ada yang bercadang nak kesini boleh lah ambil hotel budget macam cik Kiah ni.Buat apa nak sewa hotel yang mahal-mahal sangat sebab kita pergi kesana nak berjalan-jalan bukan nak memerap dalam hotel,so pada fikiran Cik Kiah yang kolot ni membazir je kalau sewa bilik hotel mahal2.Tak gitu?
 
Sebelum bertolak balik Cik Kiah ada beli bunga kering,sebenarnya tak bercadang pun nak beli tapi Minah Indonesia tu pandai betul memujuk ,tak tau berapa banyak yang dia bagi free,asyik tambah2 je dalam plasik,
So kesian Cik Kiah pun beli lah.Tapi sebelum tu Cik Kiah nak kongsi kata-kata Minah Indonesia tu....
Katanya bunga kering ni boleh tahan sehingga 1 tahun...,but actually bunganya tak macam bunga kering nampak segar so Cik Kiah pun dengan penuh keterujaan belilah bunga tu dengan harapan satu tahun rumah akan cantik berseri dengan real flower bukan bunga plastik. Tengok gambar kat bawah ini lah bunga nya.

Rupanya Cik Kiah tertipu.....bawa balik kat rumah belum sampai seminggu habis semua terkulai.Hampeh betul. Terasa juga geram kat minah Indonesia tu yang petah berkata-kata sehingga Cik Kiah terkeliru dan tertipu....Waaaaaaa

No comments:

Post a Comment