Wednesday, July 24, 2013

Cameron Highland Aktiviti Sebelah Pagi.


Percutian akan jadi membosankan juga kalau tak ada apa-apa aktiviti.Tak kan nak memerap dalam bilik hotel saja kan.Apa ke makna berjalan jauh-jauh sekadar lepak dalam bilik hotel aje,kalau setakat nak duduk hotel di tempat sendiri pun boleh sewa hotel ya tak?
Ini Cik Kiah nak kongsi aktiviti Cik Kiah semasa bercuti di Cameron Highland.Cik kiah pergi 2 hari 1 malam.Sewaktu Cik Kiah datang cuaca kat sini memang sejuk sekitar bulan june.Waktu pagi memang boleh nampak berkabus.Pemandangan di atas sini memang "awesome dan begitu terasa kebesaran Ilahi.
Sebelah pagi Cik Kiah ke kebun Ros.Memang boleh gila dan rambang mata melihat bunga-bunga kat sini.
Untuk masuk ke kebun ni ada charge bayaran,tapi tak pe excited nak tengok ros dengan pelbagai color cik kiah tak peduli tentang bayaran.
Teruja sangat dengan "roses" ni, warnanya terang cantik sangat, dan ada yang nampak macam baldu.
Nasib baik kamera sekarang ni digital kalau macam dulu pakai kodak tak tau la berapa gulung nak kena beli.
Tengok aje mesti rasa nak snap gambar.
Berada kat sini memang rasa macam tak nak balik, dikelilingi pokok-pokok bunga segar dan bau di sini cukup harum.Udara disini memang menyegarkan.Tak sedar dah hampir separuh hari Cik Kiah berada kat Kebun bunga ni.

No comments:

Post a Comment