Saturday, August 17, 2013

Beraya di Terengganu

Masjid Terapung Cendering

Tahun ni Cik Kiah beraya di Terengganu, sebenarnya tahun lepas pun Cik Kiah beraya di terengganu..my hubby tak komen apa pun, so kira ok la tu..Perjalanan dari Kedah ke terengganu agak mencabar juga lah,melalui banjaran Titiwangsa dan memang menguji tahap kemahiran memandu kerana jalannya yang berliku-liku.Tapi yang best pun ada juga bila kita dapat merasai keindahan semulajadi panaroma hutan katulistiwa.Bila sampai di puncak Titiwangasa kita dapat merasai udara segar dan sejuknya sesejuk Cameron Highland.Bila merentasi puncak ni Cik Kiah lebih suka buka tingkap kereta dan rasai angin sejuk di luar.
uuuuuumm nyaman sangat. Cuma Cik Kiah kejut perut sikit bila merentasi jambatan  kat Hutan Belum,boleh nampak jauh dibawah jambatan sungai yang luas,airnya jernih berwarna hijau.kat sini ada hotel & resort .Cik Kiah ada lah juga menyimpan impian untuk bercuti di sini satu hari nanti.....tunggu duit tabung penuh dulu.
Standard my hubby drive 8 jam dengan henti rehat sekali.Selalunya my hubby drive tak lah laju sangat maintain 120km/jam cuma kekadang tu ter laju sikit je,alah kereta Cik Kiah pun bukan boleh pi laju sangat takat 140km/jam aje....
Kat Terengganu ni memang banyak tempat menarik.kali ni Cik Kiah kongsi kemeriahan di pasar Kuala Terengganu yang di kenali sebagai Pasar Kedai Payang.Pasar ni masih mengekalkan tradisi lama yang mana kita boleh lihat makcik2 berniaga di kaki lima pasar beralaskan tikar atau bangku kecil sambil menjual sayur-sayuran atau buah kampung .
                                                                      Suasana Pasar
Bila berjalan masuk kedalam pasar memang "happening" dengan deretan gerai kuih dan keropok.Cik Kiah akan jadi rambang mata kat sini bila tengok kuih2nya yang amat menaikkan selera makan.Favourite Cik Kiah, kuih Akok (rasanya lemak manis) cuma sekarang ni kuih ni dah di "modified" jadi rasanya dah tidak seenak dulu.
Kuih Akok-gambar di belakang
Gambar depan - Kuih penganang ( di buat dengan kacang hijau)
Cik Kiah sambung lagi cerita pasal pasar ni esok.Lately ni sibuk la pulak macam2 tugasan nak kena siapkan

Kalau ke Kuala Terengganu tak beli keropok rasa macam tak lengkap.Di pasar kedai Payang ni memang banyak orang jual keropok samada yang kering atau keropok rebus.Cik Kiah memang tak miss beli keropok ni setiap kali balik ke Terengganu samada keropok rebus atau kering.Keropok Terengganu rasanya memang lain dengan keropok di tempat lain especially keropok rebusnya.Sos pencicahnya juga tak sama dengan di tempat lain.
kalau ada yang bercadang untuk ke Terengganu jangan lupa beli keropok dan sosnya sebagai buah tangan.Harganya pun tak mahal sangat.Sebotol sos ada yang berharga RM2.Keropok pulak ada yang berharga RM5 sebungkus .
Dalam gambar kat atas tu telur penyu.kulit telur penyu ni lembik, Cik Kiah tak sampai hati nak beli rasa kesian kat penyu so walaupun dah berkali-kali tengok telur penyu ni Cik kiah tak pernah bercadang untuk membeli nya.
Kalau naik ke tingkat atas pasar ni ada bahagian jualan kain songket,sarung dan semesti batik sutera asli Terengganu.Harga sepasang batik sutera ni boleh tahan juga mahalnya mengikut kualiti kain,kalau rajin tawar -menawar insyaallah boleh dapat harga yang dikehendaki.
Next trip nanti Cik Kiah snap gambar bahagian atas pasar ni,sebenarnya trip kali ni Cik Kiah lupa nak bawa kamera pergi pasar .Gambar pun kurang menarik...Cik Kiah snap pakai smart phone aje...phone smart yang tak berapa nak smart.                 uhuk!!

No comments:

Post a Comment